Salam Sejahtera,
Apa yang aku ingin tuliskan disini adalah satu pandangan peribadi. Bukan tujuan aku untuk memperkecilkan orang lain atau tunjuk pandai sebab aku hanya seorang blogger picisan yang tidak mempunyai jiwa kental dalam blogging.
Google + aku pun hanya ada 2 orang follower. Aku tak pasti mengapa mereka follow aku ? Apa pun terima kasih kepada mereka yang sudi follow.
Jom sembang pasal Jom Aktifkan Mykad.
Contest SEO Jom Aktifkan Mykad ini aku temui secara tidak sengaja semasa merayau di blog Reezluv. Lantas aku mengeledah blog penganjur untuk mengetahui syaratnya dan tempoh masa contest tersebut.
Contest bermula pada 2 Disember 2014 dan berakhir pada 3 Mac 2015. Lama tu. Syaratnya terlalu longgar. Penilaiannya berdasarkan kepada blog bukannya entri blog.
Aku ambil keputusan untuk menyertai contest ini. Sehingga hari ini aku dapati tiada nama-nama besar dalam dunia blogging Malaysia yang menyertai contest tersebut. Aku sendiri tidak pasti siapa nama-nama besar tersebut.
Mungkin mereka menunggu hingga saat akhir barulah menyertainya.
Aku join contest ini sebagai satu eksperimen. Aku mahu bukti terhadap beberapa teori
Teori sedia ada menyatakan domain baru susah nak rank dan duplicate content juga susah untuk dapat tempat di Google SERP.
Aku bina satu blog baru yang menggunakan keyword Jom Aktifkan Mykad dalam urlnya. Aku gunakan plr article Bahasa Inggeris sebagai content. Bermakna content ini mungkin duplicate. Aku gunakan template mesra SEO. Blog ini aku submit kepada penganjur untuk penyertaan.
Aku ubahsuai satu blog lama aku untuk saingan ini. Aku ubah keyword dan title blog tersebut. Domain age nya sudah 2 tahun. Kandungannya aku buat sendiri dalam Bahasa Melayu. Templatenya juga mesra SEO. Blog ini aku tidak submit kepada penganjur
Keputusannya :
Blog lama aku terus berada di 2nd page Google pada hari kedua (no.20). Ini post yang aku submit. Satu lagi post blog ini berada di 3rd page (no.22).
Result di atas berdasarkan keword yang ditulis sebegini ... 'jom aktifkan mykad'.
Teori itu nampak macam betul. Ha ha ha........
Teori itu nampak macam betul. Ha ha ha........
Jika korang taip " Jom Aktifkan Mykad " , korang akan dapati akaun Google+ aku berada di 1st page Google (no.2).
Nanti aku sambung lagi..... hi hi hi Google dance.

No comments:
Post a Comment